Siapa Real Ummu ini ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hi, saya Dayah. Ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar . Juga Full-Time-Working-Mom (FTWM) yang kalut dengan urusan di tempat kerja dan urusan runahtangga :) Berasal and menetap di Pearl of D’ Orient , Pulau Mutiara.
Saya seorang yang sangat meyokong penyusuan , menyusukan ketiga tiga anak saya . Berminat dengan alam “ Attachment Parenting” , saya juga ber'babywearing' dan ber'cloth diapering'.
Saya yakin, ramai ibu –ibu di luar sana juga seperti saya , “Real Ummu” yang setiap hari tidak, pasti berhadapan dengan “ Real Kids”, Real People”, Real Case dan perkara-perkara yang ‘real’ dalam hidup kita. Sebagi ibu,wanita, isteri ,hatta pekerja yang ‘real’ ini, yang mahukan yang terbaik dari segala aspek , ingin menjadi “SuperMom, SuperWoman” dan segala macam super . Saya doakan , moga keinginan kita tercapai .
Perkenalan saya dan Shaklee sejak 2009 ketika mengandungkan anak yang kedua. Saya kira semua ibu pasti menginginkan kandungan yang sihat dan baik. Begitu juga saya . Dengan tugas sebagai seorang pekerja, ibu yang menguruskan rumahtangga,suami dan anak, dengan izin Allah, saya berjaya melalui fasa kehamilan tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.Saya berupaya berpuasa penuh dan rekod saya hanya ada satu hari cuti sakit ( mc yang direka..huhuhu) kerana saya jeles, tidak dapat cuti sakit pun sepanjang kehamilan. ( Boleh baca entry pertama setelah saya menggunakan Shaklee di sini)
Alhamdulillah, atas nikmat yang Allah berikan dan ikhtiar yang saya pilih untuk bersama Shaklee hingga ke saat ini. Berusaha untuk hidup sihat dan bertenaga demi insan-insan tersayang.
Saya merasakan inilah detiknya saya harus berkongsi kebaikannya dengan anda semua setelah saya sendiri merasainya sejak hampir 4 tahun yang lalu. Dan melangkan ke satu lagi fasa baru dalam hidup saya iaitu berjinak-jinak dalam dunia 'business' kecil-kecilan . Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Salam perkenalan saya hulurkan kepada semua “Real People” di luar sana.Moga ada kebaikan ( tidak banyak, sedikit ) yang bakal anda peroleh dari blog ini.
Oh ya, bagi yang ingin mengenali saya dengan lebih dekat, saya juga mempunyai blog peribadi sejak 2008. Sudi-sudikan meluangkan masa di www.imtiyazs.blogspot.com
Akhir kalam, Selamat Berkenalan buat semua pembaca Real Ummu !!
Terima kasih