Tuesday, May 31, 2011

Shaklee Ostematrix melegakan sakit lutut

Nak cerita sedikit pengalaman saya bersama Shaklee Ostematrix. Dulu saya bermula dengan dengan set confinement. So memang tak ambil Oste (nama manja) la. Tapi saya dapat free Ostematrix sebotol sebab menang luck draw utk pelanggan GM. Boleh baca cerita kemenangan saya di sini. Tapi semasa tu, saya perapkan saja sebab saya konsisten minum susu semasa mengandung.Kekadang saja , kalau teringat, saya amik la.

Dah lepas confinement,saya dah tak rajin minum susu. Memang jenis yang tak suka minum susu pun. Walaupun tahu kepentingan susu dan kalsium pada tubuh terutama bagi saya ibu yang menyusu ni, namum diambil enteng. Sehinggalah lebih kurang 6 bulan bulan selepas anak kedua saya dilahirkan, saya terasa sakit lutut. Setiap kali nak dukung anak, pasti rasa sakit sangat lutut ni. Dalam 2 minggu jugaklah saya sakit macam ni. Saya bertanya kawan-kawan, agaknya kenapala saya sakit macam ni.Macam orang tua-tua aje lagaknya. Ada yang kata sakit ‘orat’ (sakit urat), ada yang kata angin tersumbat kat kepala lutut tu, Ada juga yang bertanya adakah saya minum susu secara konsisten? Saya pun rasa mungkin dari kekurangan kasium dalam tubuh. Isshh..umur dah nak masuk 30-an, dah nak kena osteoporosis (tulang poros)

Kemudian saya teringat Ostematrix yang kaya dengan Kalsium juga kehadiran Magnesium. Cepat-cepat saya dapatkan produk ini. Saya konsisten amalkan 4biji di waktu malam sebelum tidur, menggantikan susu dan berharap jika betullah ini masalah kekurangan kalsium, harapnya oste dapat membantu.

Alhamdulillah, memang masalah saya ni adalah kurang kalsium agaknya.Lepas amalkan Oste ni untuk beberapa minggu, dengan izin Allah,masalah sakit lutut ni dah hilang sedikit demi sedikit. Hingga kini saya tiada masalah sakit tulang /kepala lutut lagi.

Sedikit fakta mengenai keperluan kalsium dan masalah tulang poros ini.

Melalui pembacaan ,Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah

Mengikut kenyataan dalam Portal 1Klik

Penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Shaklee Ostematrix, sumber kalsium mengandungi kesemua nutrient yang di'bold'kan dengan warna merah. Mungkin tepat telahan saya. Saya ni kekurangan kalsium. Jika ingin berkenalan dengan Oste ni, boleh rujuk di sini


Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210.

Thursday, May 19, 2011

Dapat 8-10oz EBM dalam satu sessi

Gembira menerima maklum balas dari Puan Juliyana, customer baru GenkiMomma, yang baru sahaja mencuba produk Shaklee Set B (BreastFeeding Set) selama seminggu.






"As Salam.. Kak Arnie.. sy happy sgt... skrg ni 1 session dah dapat 8-10oz easily je.. kalau pagi2 lagi best.. 1 breast je dah 8oz... pastu skrg ni susu suka meleleh.. sampai basah2 baju... cuma saya ni tak sistematik... pam xde timetable.. skrg ni sy xkeje lagi.. hubby suruh tunggu baby besar sikit.. jadi bole pam bila baby tido je.. xpe kan mcm tu atau susu akan kurang? pastu mmg nampak susu tu mcm pekat sikit bila compare dgn stok sebelum ni... plannye kan next month nak ambil yg ESP dan ostematrik.. tp dgn apa yg sy consume skrg ni pun alhamdulillah dah hasilnya.."


Terima kasih kerana sudi berkongsi yer Juliyana! Namun, bila dah mula bekerja nanti, perlu kosongkan payudara secara sistematik, ya? Sekurang-kurangnya 3 jam sekali, yakni 3 kali di ofis. Memahami konsep "Supply vs Demand in BreastFeeding" akan membantu ke arah kejayaan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Insya Allah. :)

Owh ya, anda juga boleh membaca artikel lanjut di Shaklee Set B (BreastFeding).


Credit to GenkiMomma

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee Trial Pack, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210. Bagi yang berada bedekatan mana-mana cawangan Shaklee, anda boleh terus dapatkan produk Shaklee (full set) pada harga istimewa dengan menggunakan ID saya 839391 ( Noor Hidayah)**









Tuesday, May 17, 2011

MOM2MOM @ NORTH REGION GATHERING 201

Pengumuman :
Buat sekian kalinya, geng-geng ibu menyusu, ibu ber Cloth Diaper (CD), eh anak sepatutnya, Ibu Ber'Baby Wearing' (BW) , Ibu-ibu yang sokong Attachment Parenting bahagian Utara tanah air bakal mengadakan perjumpaan pada :


Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Waktu : 9 am - 2pm
Tempat : Pantai Merdeka, Kedah


Tentatif program adalah seperti berikut:

9.30-10.00am : Arrival and registration


10.00-11.00am : Ice breaking session


11.00-12.00pm : The ABCs of Breastfeeding,
... Advantages of Breastfeeding from A to Z


12.00 -1.30pm : Luncheon with Cloth Diapering and
Babywearing demo


1.30 -2.00pm : Talk by En Halim Masnan on
Tips and Tricks on Children Discipline


2:00-2.45pm : Lucky Draw


3.00pm : Photo session and Departure.



*Food = pot luck style, please bring your own mat.

* Dress theme = purple (optional)


For more details, kindly contact us at
m2mnorth@gmail.com


We would appreciate if you can list your name here and what you will bring since the food will be pot luck style.


*** LUCKY DRAW or more like a GIFT EXCHANGE, each family is requested to bring along a gift of anything that you think suit and may be beneficial to the receiver. Minimum price is RM10 only (no maximum limit though :)).

So, bagi sape-sape yang tak ada plan lagi hujung minggu ni, pakat mai ramai-ramai, seisi keluarga, jumpa saya dan rakan-rakan lain di Pantai Merdeka..


Event updated in FB

Wednesday, May 11, 2011

Supplemen Shaklee juga untuk Lelaki

Credit to GenkiMomma

Ramai yang menyangka, kami hanya menjual produk kesihatan untuk wanita sahaja, kerana blog ini sungguh padat dengan info untuk ibu mengandung, menyusu, kewanitaan, kecantikan luar dalam, dan pelbagai lagi berkaitan kesihatan wanita.

Namun, sebenarnya, banyak juga artikel yang membincangkan kesihatan umum, maknanya boleh diaplikasikan untuk lelaki dan juga wanita. Contohnya penjagaan berat badan, kesihatan kulit dan jantung, stress-relief supplement, mengekalkan tenaga, kesihatan warga emas dan lain-lain. Dan, kami turut mempunyai beberapa customer lelaki, samaada membelikan produk vitamin Shaklee untuk isteri mereka, mahupun untuk dirinya sendiri.

Jom ikuti perkongsian kisah Shaklee Encik Firdaus dari Penang ini:




"Salam Pn Arnie..




Sedikit feedback dari saya:


Pertamanya Alhamdulillah syukur saya dipertemukan dgn Shaklee. Saya merasai perubahan yg positif setelah kali pertama kali mencuba . Terima kasih juga kpd Pn Arnie kerana telah menyediakan blog genkimomma yg sarat dgn info mengenai Shaklee. Sblm ini saya ada masalah jerawat. Ada jugak try bberapa ubat tp mcm tak berkesan. Bila try search kat internet, jmpa genkimomma... Skrg ni masuk bulan ke-3 saya guna Shaklee, semakin nampak perubahan yg baik. Semoga ia menjadi lebih baik. Saya pilih Shaklee sbb ia merupakan combinasi pelbagai vitamin yg bkn saja boleh merawat tp baik utk badan sbgai supplement. Tambah pula saya ni hari2 sibuk, belajar sambil berkerja.


Saya ingin ucapkan terima kasih kpd Pn Arnie atas segala kerjasama dan advise yg diberikan. Semoga brjumpa lagi.."

Buat pengetahuan anda, Encik Firdaus juga merupakan salah seorang pemenang "Share Your Shaklee Stories".

Terima kasih banyak-banyak Firdaus di atas perkongsian ikhlas ini! :)

*************************************************************************

Sebagai lelaki,ayah dan ketua keluarga,saya kira, kaum Adam juga perlu mengambil berat terhadap kesihatan mereka. Bukan kaum hawa atau ibu meyusu sahaja.Mungkin kaum Adam di luar sana ingin merasai faedah mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan seperti En Firdaus merasainya? Belum cuba belum tau.

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210.

Tuesday, May 10, 2011

OsteMatrix™

OsteMatrix™120 kaplet /30 sajian
Harga Runcit : RM61.00


Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan


Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam





OsteMatrix berupaya:• Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
• Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
• Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*



OsteMatrix Membekalkan:• 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
• 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
• 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
• Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


Kalsium sahaja tidak mencukupi !Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Penyerapan Yang Terbukti Secara KlinikalPengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.


***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

Sumber : Shaklee Malaysia

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee Trial Pack, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210

Monday, May 9, 2011

Vita-E Complex®


Vita-E Complex®

120 kapsul
Harga runcit : RM147



Vitamin E semula jadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun .
Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.



Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.¹
Satu kapsul gel lembut membekalkan:
• 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
• 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

1. Meydani, SN, Meydani M, Blumberg JB, et.al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial. Journal of the American Medical Association 1997; 277:1380–1386.


Sumber : Shaklee Malaysia

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210.

Sunday, May 8, 2011

Real Ummu berpantang dengan Shaklee Confinement Set

Pengalaman berpantang dengan Shaklee amat mengujakan. Saya memilih “Confinement Set’ yang mengandungi Vita-Lea, Vitamin B-Complex, Vit- dan Zinc. Well, seperti ibu-ibu lain, mesti kita sediakan set-set berpantang ni awal, sebelum kelahiran kan. Begitu juga saya dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Saya amat perlukan Vita-Lea dan Zinc kerana saya mengalami tumpah darah sejurus selepas kelahiran yang saya sendiri tidak jangka. Itu hikmahnya saya memilih Shaklee kerana Allah lebih Tahu apa yang bakal saya perlukan.

Apa itu tumpah darah atau postpartum hemorrhage (PPH)?

Defining postpartum hemorrhage (PPH) is problematic and has been historically difficult. Waiting for a patient to meet the postpartum hemorrhage criteria, particularly in resource-poor settings or with sudden hemorrhage, may delay appropriate intervention. Postpartum hemorrhage is traditionally defined as blood loss greater than 500 mL during a vaginal delivery or greater than 1,000 mL with a cesarean delivery.

The addition of "a 10% drop in hemoglobin" to the definition provides an objective laboratory measure.

It's most likely to occur while the placenta is separating or soon after. If it happens within 24 hours after giving birth, it's considered an early PPH (also called an immediate or primary PPH). If it happens in the days or weeks after delivery, it's called a late (or delayed or secondary) PPH.

http://www.babycenter.com/0_postpartum-hemorrhage_1152328.bc?page=2


Jika anda ingin tahu kronologi kelahiran putera saya dan pengalaman tumpah darah itu, boleh membacanya di sini.

Trial Pack Confinement Set yang ditawarkan oleh ahli GBS mengandungi 40 hari percubaan Shaklee Vita-Lea. B-Complex, Vit C dan Zinc.

Mengapa saya sangat perlukan Zinc dan VitaLea ketika berpantang?

Vita-Lea
  • Mengandungi 12 jenis vitamin & 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh
  • Formula lengkap dengan zat besi ( penting untuk pertumbuhan sel darah merah)
  • Membantu perkembangan tubuh & reproduktif
"You'll probably develop anemia from the blood loss and will have to take it easy when you get home from the hospital. You'll need to get plenty of rest, fluids, and nutritious food. Your doctor will likely prescribe prenatal vitamins with folic acid, as well as additional iron supplements."

Zinc Complex membantu
  • Mempercepatkan proses baik pulih luka, termasulah luka selepas bersalin serta selepas menjalani pembedahan
  • Penting untuk pertumbuhan sel
  • Bantu mengatasi kelemumur dan rambut gugur
  • Bantu mengatasi masalah insulin
Selain itu saya perlukan Vit-C, B-Complex kerana

Vitamin B-complex membantu saya
  • menstabilkan urat saraf dan pemikiran
  • Anti –stress. Sebagai penenang
  • Menukar makan kepada tenaga
Manakala Vits C pula
  • Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Untuk ketahahan badan melawan flue
  • Anti-oksidan
Mungkin anda lebih bertuah dapat berpantang di rumah ibu tersayang.Tapi bagi saya yang sudah tiada ibu, hanya menumpang kasih sayang ibu saudara. Dan pastinya, tahap kemanjaan agak terbatas walaupun memang saya rapat dengan ibu saudara. Tak akan sama dengan ibu sendiri kan. Oleh itu, saya seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan ibu saudara kerana bukan hanya saya dan bayi. Anak sulung saya Shukrina pun ada bersama. ‘Toddler jelousy’ yang timbul dalam diri si kakak sudah cukup membuatkan saya rasa masa berpantang terlalu lama. Tiap-tiap tengah malam meraung . tapi sindrom itu terus hilag sebaik saya tamat pantang dan kembali ke rumah kami

Kerana itu saya ingin cepat sihat, bertenaga supaya dapat menguruskan dua anak serentak .
Alhamdulillah.. dengan izinNya walau saya berpantang separa tradisional, separa modern berkat mengambil pemakanan yang sihat,suplement dari Shaklee, makan sayur, tidak mencatu air sangat di samping makanan tambahan membuatkan saya cergas dan kembali bekerja pada hari ke 54 ( kes cuti awal, anak lahir overdue.)

Saya juga dapat mengumpulkan stock sebanyak 201oz sebagai persediaan kembali ke kerja. Untuk cerita lanjut, boleh baca di sini















**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di
realummu@gmail.com atau 0194004210.

Friday, May 6, 2011

Shaklee Alfalfa Complex

Shaklee Alfalfa Complex
Didatangkan dalam 2 saiz

Small (S) : 330 tablets (pil)/33 servings (sajian)
Harga runcit : RM53.75

Large (L) : 700 tablets (pil)/70 servings (sajian)
Harga runcit : RM97.50




Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.





  • Sumber semula jadi dari alfalfa


  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
Sumber : Shaklee Malaysia

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210

Thursday, May 5, 2011

Sustained Release Vita-C

Sustained Release Vita-CTM 500 mg
120 tablet (pil)/60 servings (sajian)
Harga runcit : RM92.50





  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.


  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.


  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah


Bekalan Vitamin C secara Semulajadi

Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210

Wednesday, May 4, 2011

Shaklee B -Complex

Shaklee B-Complex
120 tablet (pil)/60 servings (sajian)
Harga Runcit : RM53.75
Harga di RU : RM 43.00





  • mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.


  • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru.

  • oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.







Perbezaan Shaklee B-complex



  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.


  • Mudah di telan


  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210

Shaklee Vita-Lea Iron Formula

Mari kita berkenal-kenalan dengan produk kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee


Kita mulakan dengan :

Shaklee Vita-Lea Iron Formula
a.k.a Multivitamin
120 tablet (pil)/60 servings (sajian)
Harga runcit : RM88.75










  • Memberi 28 jenis vitamin yang penting dalam satu rumusan seimbang




  • Membantu mempertingkatkan kesihatan badan dalam jangka masa panjang




  • Menolong melawan pengoksidaan yang berbahaya 2x ganda Nilai Harian/ Daily Value (DV) bagi Vit C & E iaitu antioksidan yang kritikal untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada pengoksidaan berbahaya.




  • Menguatkan fungsi otak




  • Membantu proses metabolisme dengan vitamin B yang lebih seimbang.
Sumber : Shaklee Malaysia

Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases



**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210

Monday, May 2, 2011

Real Ummu & Shaklee

Assalamualaikumwarahmatullah..

Pertama kalinya, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas entry pertama blog Real Ummu ini.

Salam perkenalan buat semua…

Sedikit latarbelakang tentang Real Ummu. Siapa Real Ummu. Panggil saja Dayah. Lebih mesra. Mengapa Real Ummu. Saya adalah ummu ( ummi ) yang sebenar yang hidup dalam 24 jam sehari meneladani sebenar-benar kehidupan sebagai seorang ibu yang disamping menggalas tanggungjawab sebagai pekerja , anak , isteri ( tanggungjawab utama ni ). Dan bukan saya seorang saja yang Real-Ummu ini. Saya kira sahabat-sahabat semua di luar sana juga adalah “Real-Ummu” , “Real Mama” , “ Real Ibu” dan apa jua gelaran yang dekat di hati kita

Real Ummu diinspirasikan selepas pengalaman hebat saya bersama Shaklee. Saya pernah mencoretkannya di blog peribadi saya setelah 2-3 bulan mencubanya.Ketika itu saya mengandungkan anak kedua, Mursyid. Saya ‘copy paste’ ke dalam blog ini untuk tatapan semua.
Anda juga boleh terus ke sini untuk membaca sambil ‘blogwalking’ ke blog saya itu.

Kawan-kawan, saya dah mula makan vitamin !!

Owh, macam nak mengkhabarkan kepada dunia yang saya makan supplemet sekarang. Buat malu saja. Orang lain dah berzaman , tapi saya baru nak terhegeh-hegeh ambil supplement.

Alkisahnya, saya baru saja berjinak-jinak dengan pengambilan makanan tambahan. Sebelum ini saya tak pernah kisah pun. Nak kata tak health conscious pun tak jugak. Cuma kurang ambil berat. Antara sebabnya kenapa saya tidak mengamalkan pemakanan tambahan adalah kerana :

1) Saya rasa saya dah mengambil diet yang seimbang sehari-hari. Begitu confident sekali. Padahal jika ingin diperincikan, tidak pun.

2) Dulu-dulu masa kecik saya jarang sakit. Saya siap tanya arwah mama dulu, saya salu sakit ke, pernah masuk wad ke ? Sebab seingat saya tidak. Cuma sejak dah beranak ni je saya rasa taraf kesihatan tak macam dulu. Merosot sikit.

3) Arwah mama saya adalah Staff Nurse. Macam ada doctor peribadi dalam rumah gitu.Bab-bab kesihatan semua saya serahkan pada mama. Kalau saya demam sikit, yang tau saya akan merengek manja ( dah besar pun macam tu perangai ) . Kalau luka ke apa ka.saya tak penah ambil tau apa nak kena sapu kat luka tu,Yang saya tau sua je kat mama.Mama buat semua. Kalau ada emergency, memang saya fail. La ni sejak mama tadak, agak kelam kabut hidup sebab kadang-kadang anak demam, cedera ka, kena monitor diet papa saya ( papa ada diabetes and darah tinggi yang diperingkat permulaan) . Tu pun saya tak concern sgt pasal sbb dia sangat tau menjaga kesihatan ( makan ubat ontime, jaga diet,exercise, selalu p check-up) berbanding saya . Papa soh saya belajar amik darah and reading untk gula pun, sampai sekarang saya tak belajar. Alat tu terperuk dalam almari. Saudara-mara pun rasa susah sebab arwah mama tadak kerana arwah selalu menjadi rujukan.


4) Saya seorang yang tidak berdisiplin dalam hal-hal pemakanan vitamin ke ubat ke.Saya pernah berhabisan RM500 membeli satu jenama supplement ni,end up saya tak habiskan pun . Membazir saja..huhuh

5) Saya tidak sanggup kedekut memperuntukkan wang untuk makanan tambahan sebab rasa sihat la konon, rasa tidak memerlukan.Lagipun bukan murah jugak vitamin-vitamin ni.

Setelah bersalin, maksedara menasihatkan saya agar terus makan ubat ( Ubat bagi mak sedara ni macam jamu/ ubat lepas beranak).Dia asyik kata, nanti saya takdan tua, dah tak larat, sakit sana sini.Bila jumpa saja, mesti dia tanya, makan ubat apa la ni ? Kalau ada orang dok promote macam-macam product kat saya pun, saya tidak layan . Itu bagus la ini bagus la..Kena makan itu la ini la...naik pening kepala

Bagaimana pula saya berjinak-jinak dengan supplement ni?

Bermulalah episod hidup saya makan supplement. Saya ambil beberapa jenis vitamin dari Shaklee. Kenapa Shaklee, tidak yang lain. Pada awalnya saya cuma tertarik membaca testimonial dari MummyH&H. sekadar baca saja , belum sampai seru nak mencuba. Well, saya kan jenis tak amik kisah dulu ?? Setelah MummyH&H melancarkan GenkiMomma Health Corner , saya tidak tau dari mana datangnya aura itu, saya mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut. Dah khatam semua n3 dalam GM , saya pun approach owner untuk mendapatkan trial pack dia.

Kini setelah nak masuk 2 bulan, saya berasa selesa dengan Shaklee. Saya mula mengamalkan ketika kandungan 5 bulan. Itupun weekdays saja. Dengan pek yang lebih senang dibawa ke mana-mana, saya simpan dalam laci di ofis.So bila hujung minggu mesti saya termiss nak makan. Arnie, sebab tu nak dekat 2 bulan lebih baru nak habis..Heheh.tengok masih dengan perangai lama yang tidak berdisiplin itu !!

OK, saya tak pandai nak bagi testi tapi bila ditanya apa perubahan yang dapat dikesan pada diri saya, jujurnya saya dapat rasakan

1) hari pertama saya consume, saya dapat rasakan yang saya lebih tenang dan gembira hari itu. Sampai kawan saya pun tegur ,nampak saya gembira dan senang hati.

2) Walaupun mengandung, saya dapat rasakan, kandungan kali ini lebih bertenaga berbanding yang lepas. Saya masih membuat segala kerja rumah seperti biasa. Memasak bila pulang dari kerja, saya masih boleh megemop lantai dan menyental toilet hingga ke hari ini , melayan karenah anak yang semakin banyak akal dan cerdik. Walaupun tidak dinafikan, rasa sakit pinggang sikit bila habis mop lantai tu.Biasala. Lepas tu banyakkan rehat la.

Tidak pun memanjakan diri dan dimanja sebab suami tengok tenaga saya seperti biasa tidak mengandung. Cuma kadang-kala nak perhatian lebih dari suami saya sibuk tu , buat2la letih Walaupun dilarang buat itu ini, saya still buat sebab saya rasa masih mampu. Cuma tidak keterlaluan kerana saya juga mengambil langkah berhati-hati.

3) saya ternanti-nanti bila la saya akan MC sepanjang 9 bulan mengandung ni. Alhamdulillah, tidak ada masalah kesihatan yang teruk sehingga perlu MC. Tapi saya nak MC ( dalam keadaan sihat ) jugak !!! Orang lain tak peknen pun senang je MC

Alhamdulillah, semua ini dengan keizinan Allah. Nikmat kesihatan yang perlu disyukuri yang kita sering lupa.Bila sakit baru kita nak ingat Tuhan. Samaada disebabkan pengambilan Shaklee ke apa ka, semua nikmat ini dari Allah.Cuma sebagai manusia kita berusaha untuk kekal sihat.

Sekarang, saya merasa selesa bersama Shaklee dan terus nak beli full set instead of trial set yang ditawarkan.Saya jugak tidak lagi lokek untuk membelanjakan sejumlah wang untuk itu. Abang , kita kena tambah allocation baru untk bajet bulanan kita. Hehehe...

Saya tak pandai nak cerita dari istilah saintifik atau perubatan.Untuk maklumat lanjut, sila la lawat blog GM dan blog-blog lain yang terlibat.Saya tidak dibayar pun untuk menulis entry ini. Bukan nak promote ke apa. Mungkin orang lain pun ada ambil supplement jenama lain yang baik untuk kesihatan masing-masing. Ada yang tidak percaya kepada supplement.Terpulanglah…Saya hanya meluahkan apa yang rasa setelah megamalkannya. Almaklumlah, baru berjinak-jinak dengan pemakanan tambahan. Jakun la sikit.

Kata hati : Director of Health ( seorang medical doctor ) di kompeni saya membelanjakan hampir RM2 ribu sebulan untuk supplement . Itu doctor yang tahu menjaga kesihatan.Inikan saya yang dhaif ilmu ni.

Kata hati : Lepas ni, kalau mak sedara saya tanya saya makan ubat apa, saya dah ada jawapannya. Yehaaaa... !!


Sejak hari itu, saya sudah menjumpai makanan tambahan yang serasi dengan saya. Hanya pertama kali saya mencuba ‘trial pack’ dari GM, saya terus membeli full set dan diikuti confinement full set yang saya amalkan ketika berpantang

Ikuti sambungan antara kebaikan Shaklee yang saya alami.

Lebih banyak entri bakal menyusul selepas ini. Harap bersabar ye.


**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di atau realummu@gmail.com atau 0194004210