Pertama kalinya, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas entry pertama blog Real Ummu ini.
Salam perkenalan buat semua…
Sedikit latarbelakang tentang Real Ummu. Siapa Real Ummu. Panggil saja Dayah. Lebih mesra. Mengapa Real Ummu. Saya adalah ummu ( ummi ) yang sebenar yang hidup dalam 24 jam sehari meneladani sebenar-benar kehidupan sebagai seorang ibu yang disamping menggalas tanggungjawab sebagai pekerja , anak , isteri ( tanggungjawab utama ni ). Dan bukan saya seorang saja yang Real-Ummu ini. Saya kira sahabat-sahabat semua di luar sana juga adalah “Real-Ummu” , “Real Mama” , “ Real Ibu” dan apa jua gelaran yang dekat di hati kita
Real Ummu diinspirasikan selepas pengalaman hebat saya bersama Shaklee. Saya pernah mencoretkannya di blog peribadi saya setelah 2-3 bulan mencubanya.Ketika itu saya mengandungkan anak kedua, Mursyid. Saya ‘copy paste’ ke dalam blog ini untuk tatapan semua.
Anda juga boleh terus ke sini untuk membaca sambil ‘blogwalking’ ke blog saya itu.
Kawan-kawan, saya dah mula makan vitamin !!
Owh, macam nak mengkhabarkan kepada dunia yang saya makan supplemet sekarang. Buat malu saja. Orang lain dah berzaman , tapi saya baru nak terhegeh-hegeh ambil supplement.
Alkisahnya, saya baru saja berjinak-jinak dengan pengambilan makanan tambahan. Sebelum ini saya tak pernah kisah pun. Nak kata tak health conscious pun tak jugak. Cuma kurang ambil berat. Antara sebabnya kenapa saya tidak mengamalkan pemakanan tambahan adalah kerana :
1) Saya rasa saya dah mengambil diet yang seimbang sehari-hari. Begitu confident sekali. Padahal jika ingin diperincikan, tidak pun.
2) Dulu-dulu masa kecik saya jarang sakit. Saya siap tanya arwah mama dulu, saya salu sakit ke, pernah masuk wad ke ? Sebab seingat saya tidak. Cuma sejak dah beranak ni je saya rasa taraf kesihatan tak macam dulu. Merosot sikit.
3) Arwah mama saya adalah Staff Nurse. Macam ada doctor peribadi dalam rumah gitu.Bab-bab kesihatan semua saya serahkan pada mama. Kalau saya demam sikit, yang tau saya akan merengek manja ( dah besar pun macam tu perangai ) . Kalau luka ke apa ka.saya tak penah ambil tau apa nak kena sapu kat luka tu,Yang saya tau sua je kat mama.Mama buat semua. Kalau ada emergency, memang saya fail. La ni sejak mama tadak, agak kelam kabut hidup sebab kadang-kadang anak demam, cedera ka, kena monitor diet papa saya ( papa ada diabetes and darah tinggi yang diperingkat permulaan) . Tu pun saya tak concern sgt pasal sbb dia sangat tau menjaga kesihatan ( makan ubat ontime, jaga diet,exercise, selalu p check-up) berbanding saya . Papa soh saya belajar amik darah and reading untk gula pun, sampai sekarang saya tak belajar. Alat tu terperuk dalam almari. Saudara-mara pun rasa susah sebab arwah mama tadak kerana arwah selalu menjadi rujukan.
4) Saya seorang yang tidak berdisiplin dalam hal-hal pemakanan vitamin ke ubat ke.Saya pernah berhabisan RM500 membeli satu jenama supplement ni,end up saya tak habiskan pun . Membazir saja..huhuh
5) Saya tidak sanggup
Setelah bersalin, maksedara menasihatkan saya agar terus makan ubat ( Ubat bagi mak sedara ni macam jamu/ ubat lepas beranak).Dia asyik kata, nanti saya takdan tua, dah tak larat, sakit sana sini.Bila jumpa saja, mesti dia tanya, makan ubat apa la ni ? Kalau ada orang dok promote macam-macam product kat saya pun, saya tidak layan . Itu bagus la ini bagus la..Kena makan itu la ini la...naik pening kepala
Bagaimana pula saya berjinak-jinak dengan supplement ni?
Bermulalah episod hidup saya makan supplement. Saya ambil beberapa jenis vitamin dari Shaklee. Kenapa Shaklee, tidak yang lain. Pada awalnya saya cuma tertarik membaca testimonial dari MummyH&H. sekadar baca saja , belum sampai seru nak mencuba. Well, saya kan jenis tak amik kisah dulu ?? Setelah MummyH&H melancarkan GenkiMomma Health Corner , saya tidak tau dari mana datangnya aura itu, saya mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut. Dah khatam semua n3 dalam GM , saya pun approach owner untuk mendapatkan trial pack dia.
Kini setelah nak masuk 2 bulan, saya berasa selesa dengan Shaklee. Saya mula mengamalkan ketika kandungan 5 bulan. Itupun weekdays saja. Dengan pek yang lebih senang dibawa ke mana-mana, saya simpan dalam laci di ofis.So bila hujung minggu mesti saya termiss nak makan. Arnie, sebab tu nak dekat 2 bulan lebih baru nak habis..Heheh.tengok masih dengan perangai lama yang tidak berdisiplin itu !!
OK, saya tak pandai nak bagi testi tapi bila ditanya apa perubahan yang dapat dikesan pada diri saya, jujurnya saya dapat rasakan
1) hari pertama saya consume, saya dapat rasakan yang saya lebih tenang dan gembira hari itu. Sampai kawan saya pun tegur ,nampak saya gembira dan senang hati.
2) Walaupun mengandung, saya dapat rasakan, kandungan kali ini lebih bertenaga berbanding yang lepas. Saya masih membuat segala kerja rumah seperti biasa. Memasak bila pulang dari kerja, saya masih boleh megemop lantai dan menyental toilet hingga ke hari ini , melayan karenah anak yang semakin banyak akal dan cerdik. Walaupun tidak dinafikan, rasa sakit pinggang sikit bila habis mop lantai tu.Biasala. Lepas tu banyakkan rehat la.
Tidak pun memanjakan diri dan
3) saya ternanti-nanti bila la saya akan MC sepanjang 9 bulan mengandung ni. Alhamdulillah, tidak ada masalah kesihatan yang teruk sehingga perlu MC. Tapi saya nak MC ( dalam keadaan sihat ) jugak !!! Orang lain tak peknen pun senang je MC
Alhamdulillah, semua ini dengan keizinan Allah. Nikmat kesihatan yang perlu disyukuri yang kita sering lupa.Bila sakit baru kita nak ingat Tuhan. Samaada disebabkan pengambilan Shaklee ke apa ka, semua nikmat ini dari Allah.Cuma sebagai manusia kita berusaha untuk kekal sihat.
Sekarang, saya merasa selesa bersama Shaklee dan terus nak beli full set instead of trial set yang ditawarkan.Saya jugak tidak lagi
Saya tak pandai nak cerita dari istilah saintifik atau perubatan.Untuk maklumat lanjut, sila la lawat blog GM dan blog-blog lain yang terlibat.Saya tidak dibayar pun untuk menulis entry ini. Bukan nak promote ke apa. Mungkin orang lain pun ada ambil supplement jenama lain yang baik untuk kesihatan masing-masing. Ada yang tidak percaya kepada supplement.Terpulanglah…Saya hanya meluahkan apa yang rasa setelah megamalkannya. Almaklumlah, baru berjinak-jinak dengan pemakanan tambahan. Jakun la sikit.
Kata hati : Director of Health ( seorang medical doctor ) di kompeni saya membelanjakan hampir RM2 ribu sebulan untuk supplement . Itu doctor yang tahu menjaga kesihatan.Inikan saya yang dhaif ilmu ni.
Kata hati : Lepas ni, kalau mak sedara saya tanya saya makan ubat apa, saya dah ada jawapannya. Yehaaaa... !!
Sejak hari itu, saya sudah menjumpai makanan tambahan yang serasi dengan saya. Hanya pertama kali saya mencuba ‘trial pack’ dari GM, saya terus membeli full set dan diikuti confinement full set yang saya amalkan ketika berpantang
Ikuti sambungan antara kebaikan Shaklee yang saya alami.
Lebih banyak entri bakal menyusul selepas ini. Harap bersabar ye.
**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee , boleh hubungi saya di atau realummu@gmail.com atau 0194004210.
No comments:
Post a Comment