Thursday, March 22, 2012

4 SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK PENYUSUAN POPULAR!


Kami di  jaringan Euphoria menawarkan pelbagai rangkaian vitamin Shaklee untuk menyokong perjalanan penyusuan si ibu dan anak. Maka saya ingin kongsikan apakah set-set itu supaya anda lebih jelas dan membantu anda membuat pilihan.

 4 set vitamin ini mendapat tempat di hati pelanggan Shaklee dari kumpulan kami . Empat set itu ialah:

 1. Set B (Vitamin Asas Untuk Penyusuan dengan Alfalfa) 
* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
* Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu 
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat 
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
* Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang    mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


 2. Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Untuk Penyusuan dengan Kalsium) 
 * Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
 * Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
 * Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
* Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose. 
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap  kalsium, magnesium dan    vitamin D.
* Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf pembentukan tulang dan gigi.


 3. Set E (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium) 
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Set ini memberi kesan yang tidak kurang hebatnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


 4. Set Tripple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended! 
 * Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan. 
* Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
* Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.



 Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

 Buat renungan bersama....

 Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”

 *Kredit kepada AnakkuWiraku.com 

 Komponen utama dalam set vitamin yang dicadangkan untuk membantu penyusuan adalah terdiri daripada vitamin-vitamin asas, yang diperlukan oleh tubuh badan kita secara amnya. Vitamin C, B-Complex , Vitalea ( Multivitamin) dan Ostematrix ( kecuali Alfalfa) adalah vitamin asas yang boleh diambil samaada untuk wanita biasa ( yang tidak ada masalah kesihatan yang spesifik), ibu hamil dan ibu menyusu. Ia sebenarnya memfofuskan kepada menjaga kesihatan kita secara total seterusnya menyediakan diri si ibu ( rohani dan jasmani) apabila kita menyusukan anak.

 Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set vitamin penyusuan mana yang paling tepat untuk anda dan bayi, serta dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda!


 Disclaimer : Thes statements have not been evaluated  by the Food and drug Administration.This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 


**Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 ( Dayah Isa).

Tuesday, March 20, 2012

Testi : Susu Penuh.Bertenaga Penang-Perlis

Mari kita lihat satu testimonial customer GenkiMomma yang berpuas hati dengan pengambilan Energizing Soy Protein ( ESP) yang cukup popular di kalangan pelanggan Shaklee terutama ibu menyusu



Pengalaman ini dikongsi oleh Puan Noraini (dari Penang ) yang mengambi ESP. Petikan artikel dari GM

Sejujurnya, saya tidak tahu pun beliau sedang menyusu anak, kerana peringkat awalnya, beliau menghubungi saya untuk membeli produk weight management. Setelah beberapa kali membuat pembelian produk Shaklee (yang lain), barulah beliau mencuba ESP pula. Maka, inilah hasilnya...


 "Salam sis... Baru 4 hari ambil ESP, memang ada perubahan... susu sentiasa penuh... kelmarin ada kelas, petang baru balik, memang bengkak la... Satu lagi rasa lebih bertenaga... Kalau tak berulang ke Perlis, balik jer kul 9 dah tidur... Ini siap boleh buat keje lagi, 12 lebih baru tidur..."

 Alhamdulillah... happy for you too, sis!!! Buat pengetahuan, anaknya berusia setahun 5 bulan. Owh yaa, sepatah kata Noraini...

 "Vitamin Shaklee nie memang berbaloi makan!" 

 Sangat setuju dengan Noraini, hanya mereka yang dah pernah cuba suplemen Shaklee sahaja yang boleh merasai perbezaannya dengan vitamin lain - kualiti setanding harganya!!!


Sekilas fakta
Apa itu ESP? 

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. 

 Shaklee ESP:
 • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.* • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.




Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases


**Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 ( Dayah Isa).

Thursday, March 15, 2012

Vitamin Untuk Kesuburan. Bagaimanakah Fungsinya ? (Testi Pengguna)



Bagi pasangan yang sudah lama menantikan cahayamata, sudah pasti pelbagai usaha yang diikhtiarkan untuk menimang cahayamata. Pelbagai produk di pasaran yang turut membantu hasrat murni pasangan ini. Ada yang terus membeli produk -produk ini dan ada juga yang berjumpa pakar untuk pemeriksaaan lanjut.

Kami ( jaringan Euphoria GBS) turut dihujani pertanyaan tentang set kesuburan ini. Tidak dinafikan , banyak set ini memberi impak yang cepat kepada pengguna, tetapi untuk set kesuburan khasnya, suka untuk saya ingatkan tentang Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Namun, saya inginkan kongsikan berita gembira pelanggan GenkiMomma dan apakah suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesuburan baik untuk si suami mahupun si isteri. Credit untuk blog GenkiMomma

Berikut saya kongsikan salah satu feedback yang saya terima dari customer GenkiMomma. Gembira sungguh rasa hati ini apabila menerima kiriman SMS dari customer, setahun kemudiannya (21/02/2012), yang menyatakan beliau kini sedang mengandung 9 bulan, dan hanya menunggu hari untuk bersalin.***


"Salam Pn Arnie, saya Aza, masih ingat tak? Customer dari Sabah."

"Thank you kak arnie, nak buat testimoni tapi malas nak taip kat laman web akak, hehe, coz lepas makan shaklee saya mengandung, sekarang tengah tunggu hari jer untuk bersalin."***

"9 bulan lebih sudah, tinggal nak tunggu hari je."




Walaubagaimanapun, sebagai panduan anda, berikut merupakan di antara vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set):
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.

Vitamin Kesuburan:

(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).



Suka saya menyatakan bahawa adalah lebih baik jika anda menghantar e-mail ke realummu[@]gmail.com, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin kesuburan ini kerana, vitamin untuk membantu kesuburan TIDAK seperti vitamin untuk ibu menyusu ataupun kecantikan kulit, yang kita boleh terus cadangkan pakej tertentu. Tidak semestinya anda perlu ambil kesemua 8 vitamin di atas, terutama jika anda mempunyai kekangan bajet.


Disclaimer : This statement have not been evaluated by The Food and Drug Administration.This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

**Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 ( Dayah Isa).

Monday, March 12, 2012

Hemoglobin kekal tinggi walaupun tumpah darah



Dalam entri sebelumnya, ada saya nyatakan mengapa saya beria-beria mahu mengekalkan paras hemoglobin (hb) sekurang-kurangnya 12 atau 13. Jika anda pernah terbaca tentang perihal kelahiran anak ke-2 dan ke-3 saya , sudah 2 kali saya mengalami postpartum haerrmohage ( pph) atau dalam bahasa kita ialah tumpah darah yang saya alami ialah sejurus selepas melahirkan . Boleh baca cerita saya di sini dan di sini.

Apabila sudah melalui pengalaman pph ketika melahirkan anak ke-2, saya cukup takut. Walaupun darah berhenti dan tidak memerlukan penambahan darah, namun ia tetap sesuatu yang bahaya . Tumpah darah ketika bersalin adalah punca kematian utama di Malaysia

Pendarahan waktu bersalin adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan beranak. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah sudah tentulah ketahanan badannya lemah. Ini boleh menyebabkan maut. Wanita yang tahap darahnya tinggi ataupun normal jika mengalami masalah tumpah darah, masalahnya dapat diatasi tanpa menemui ajal.- Credit to Dr Hamid Arshad.

Kemungkinan pph berulang untuk anak seterusnya adalah tinggi. Sudah beberapa nurse dan doktor menyatakan kepada saya ketika mengandungkan baby ke -3 ini. Oleh kerana itu, saya memastikan paras hb saya tinggi. Teori saya, bila terjadi lagi sekurang-kurangnya saya punya darah yang banyak walaupun terpaksa kehilangan sebahagian..Huhu.

Seperti yang diramal, kelahiran ke-3, saya mengalami pph jugak dengan kehilangan darah yang lebih banyak berbanding sebelumya. Misi kata, kalau depa berhenti ‘massage’ perut saya ( procedur untuk uterus mengecut), darah memancut-mancut keluar.Alhamdulillah, uterus saya mengecut dan darah berhenti akhirnya. Seperti sebelum ini, saya tidak ada masalah pening atau nak pitam. Tekanan darah saya juga stabil .

Yang bestnya kali ini, saya mendengar perbualan doktor bertugas melaporkan kepada pakar yang hb sebelum saya ialah 13, after blood lost ialah 14. Pakar pun buat muka hairan. Adakah satu kesilapan? Macamana after blood lost boleh jadi tinggi. Tak kisah la, yang penting ia berada di lingkungan 12-13. Misi yang ikut doctor meronda pun kata pada saya . Muka awak pink saja..tak macam orang hilang darah.

Alhamdulillah, mungkin pada orang lain ( atau pakar) kehilangan darah 800cc itu tak banyak mana, tak akan pening dan sebagainya. Tapi bagi saya, ia tetap banyak. Kalau tak takkan dikategorikan sebagai tumpah darah. Kan..kan..

Apa yang saya amalkan untuk kekalkan hb pada paras 12-13. Selain memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi,Pastinya saya mengambil Shaklee Vitalea with iron Formula ( multivitamin yang dilengkapi formula zat besi). Selain memberi tenaga dan 28 keperluan nutrient yang lain) , ia juga membekalkan sumber zat besi . Saya juga mengambil supplement iron yang dibekalkan oleh klinik kesihatan secara percuma. ( Yang ini selau terbabas, tapi kalau vitalea tak pernah miss sebab memang dok atas meja kat tempat keja).



Suplemen untuk zat besi amat disarankan kerana sukar untuk kita mendapatkan bekalan yang secukupnya daripada pengambilan makanan sahaja. Sila rujuk petikan artikel di bawah.

This is why the amount of iron you need shoots up during pregnancy from 18 to 27 milligrams (mg) per day. Because it's hard to get enough iron through diet alone, the Centers for Disease Control and Prevention recommend that pregnant women take a daily supplement of 30 mg of elemental iron as a preventive dose. Many prenatal supplements contain that amount.

http://www.babycenter.com



Jika anda ada masalah low hb, rajin-rajinla amalkan supplement utk zat besi. Yang pasti VitaLea memang membantu saya. Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut





Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases



**Untuk maklumat lanjut atau jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 ( Dayah Isa).

Friday, March 9, 2012

Zat Besi Penting Ketika Hamil



Jika anda perasan, ketika hamil dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan khasnya, kita akan dibekalkan dengan supplemen untuk ibu hamil. Selalunya ia terdiri daripada Vitamin C, B-complex dan Iron

Saya ingin menyentuh tentang Iron/ferum (zat besi).Mengapa ia penting untuk ibu hamil. Iron penting untuk :

1) Penghasilan haemoglobin ( hb- sel darah merah). Protein di dalam sel darah merah yang akan membawa oksigen ke sel-sel yang lain

2) Bilangan darah meningkat ketika hamil sehingga 50% berbanding biasa. Perlu zat besi
untuk tumbesaran bayi dan plasenta terutama ketika trimester 2 dan 3.

3) Komponen penting mioglobin ( protein yang bawa oksigen dalam darah), kolagen ( protein dalam tulang, dan tisu penghubung) dan enzim

4) Membantu kekalkan system imun yang sihat

Kekurangan zat besi ( iron deficiency ) atau anemia dikaitkan dengan ‘pre-term delivery’, ‘low birth weight ‘ dan ‘infant mortality ‘

Ibu hamil perlu kekalkan bacaan hb 11 dan ke atas. Jika wanita biasa, ia boleh mencapai 13-15. Adalah normal jika bacaan hb anda ‘jatuh’ sedikit . Ini kerana lebih banyak ‘ fluids’ dalam darah kita untuk mencairkan sel darah merah.

Namun seringkali kita dengar rungutan ibu-ibu hamil tentang hb low. Yakni di bawah paras 11. Ketika ini, mungkin doctor menyarankan agar kita menggandakan ‘iron’ yang dibekalkan oleh klinik

Bagi ibu hamil pengambilan zat besi seharai adalah dalam lingkungan 27mg manakala jika tidak hamil, hanya 18mg sahaja.

Apa yang boleh diamalkan untuk meningkatkan paras hb ini ialah :

1) Makan sumber makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, hati, limpa,daging
merah

2) Sayuran hijau seperti bayam.

3) Pengambilan ‘iron tablet’.

Pengalaman saya sendiri yang sentiasa kekal hb pada paras 13 pada kandungan ke-2 dan ke-3 baru-baru ini.Alhamdulillah, dengan pengambilan Shaklee Vitalea secara konsisten, saya dapat elak daripada masalah low hb.Mengapa saya sentiasa pastikan hb saya pada paras` selamat? Apa istimewanya Shaklee Vitalea ? Akan saya ceritakan kemudian

Rujukan : http://www.babycentre.co.uk/pregnancy/complications/anaemia/



Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

**Untuk maklumat lanjut atau jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 . ( Dayah Isa) .

Tuesday, March 6, 2012

Sembelit ketika pantang? Suplemen Shaklee bantu melawas

Saya masih dalam mode pantang anak ke -3. Alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang
anak perempuan pada 14 Feb lalu .Nak baca details tentang kelahiran baby baru saya boleh baca di sini.

Kali ini saya berharap agar urusan pantang dipermudahkan kerana saya berpantang sendiri di rumah. Dah anak 3, so hal-hal pantang ni sedikit sebanyak dah tahu, Cuma rajin atau tidak nak buat aje. Cuma satu yang saya takut saya tak boleh handle ketika pantang ialah masalah lawas…hari ke berapakah saya akan ‘membuang’ pulak kali ini.

Sejarah mengatakan masa anak pertama, lebih dari seminggu. Bila dok dalam toilet bertapa hampir satu jam lamanya. Punyalah takut sebab rasa payah sangat ‘benda’ tu nak keluar.

Begitu jugak anak ke-2, makan oren hari-hari, siap ambil ubat di farmasi. Pun tak jalan. Telan Phyt*natal 3-4 biji pun susah jugak. Akhirnya, yang melembutkan ia ialah buah prune..

Anak ke 3 ni, saya dihantui perasaan yang sama. Selain oren, minum air yang banyak (pantang sendiri kan, minum air suka hati), saya mengamalkan pengambilan ostematrix. Sebenarnya, tujuan pengambilan ostematrix untuk sumber kalsium untuk ibu menyusu seperti saya. Walaupun ada testi mengatakan oste membantu dalam melawas, tapi saya tidak la percaya sangat kerana memang sebelum ini pun saya mengamalkan oste, oleh kerana saya tidak ada masalah lawas ( di luar waktu pantang), maka saya tidak rasa ‘kuasa’ oste membantu melawas ni.



Saya amik oste sebaik balik dari hospital pada malam hari. Keesokkannya, ada gesaan untuk membuang. Dan ‘ia’ lembut jika dibandingkan waktu dulu-dulu. Alhamdulillah. Pada hari ke-4, saya membuang dengan jayanya tanpa rasa takut ( takut jahit tertetas jika perlu meneran..huhu) atau perlu bertapa dalam tandas.Rekod terbaik dan tersingkat setakat ini

Kebanyakan kita ingat Kalsium hanya untuk gigi dan tulang, segelintir mungkin tahu bahawa kalsium juga ada diperlukan di dalam darah dan saya pasti ramai yang tidak tahu bahawa Kalsium-Magnesium yang dilengkap dengan sumber Vitamin D yang baik, turut membantu melawaskan sistem penghadaman! Pastikan suplemen kalsium anda turut mengandungi Magnesium untuk kesan yang lebih baik.

Sejak hari itu, saya tiada masalah lawas. Alhamdulillah, dengan pemakanan yang seimbang ( makan sayur , buahan dan pengambilan air yang tidak dicatu) membantu melawas sekaligus member kesihatan yang semakin beransur baik dalam pantang ini. Mari lihat testi yang saya dan kawan-kawan kongsikan dalam muka buku.



Anda ada masalah lawas juga? Boleh cuba ostematrix.Selain fungsi utama sebagai pembekal kalsium ( baik untuk tulang dan keperluan ibu menyusu ) good side effectnya ia melawas.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.



Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

**Untuk maklumat lanjut atau jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 . ( Dayah Isa)