Saya masih dalam mode pantang anak ke -3. Alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang
anak perempuan pada 14 Feb lalu .Nak baca details tentang kelahiran baby baru saya boleh baca di sini.
Kali ini saya berharap agar urusan pantang dipermudahkan kerana saya berpantang sendiri di rumah. Dah anak 3, so hal-hal pantang ni sedikit sebanyak dah tahu, Cuma rajin atau tidak nak buat aje. Cuma satu yang saya takut saya tak boleh handle ketika pantang ialah masalah lawas…hari ke berapakah saya akan ‘membuang’ pulak kali ini.
Sejarah mengatakan masa anak pertama, lebih dari seminggu. Bila dok dalam toilet bertapa hampir satu jam lamanya. Punyalah takut sebab rasa payah sangat ‘benda’ tu nak keluar.
Begitu jugak anak ke-2, makan oren hari-hari, siap ambil ubat di farmasi. Pun tak jalan. Telan Phyt*natal 3-4 biji pun susah jugak. Akhirnya, yang melembutkan ia ialah buah prune..
Anak ke 3 ni, saya dihantui perasaan yang sama. Selain oren, minum air yang banyak (pantang sendiri kan, minum air suka hati), saya mengamalkan pengambilan ostematrix. Sebenarnya, tujuan pengambilan ostematrix untuk sumber kalsium untuk ibu menyusu seperti saya. Walaupun ada testi mengatakan oste membantu dalam melawas, tapi saya tidak la percaya sangat kerana memang sebelum ini pun saya mengamalkan oste, oleh kerana saya tidak ada masalah lawas ( di luar waktu pantang), maka saya tidak rasa ‘kuasa’ oste membantu melawas ni.
Saya amik oste sebaik balik dari hospital pada malam hari. Keesokkannya, ada gesaan untuk membuang. Dan ‘ia’ lembut jika dibandingkan waktu dulu-dulu. Alhamdulillah. Pada hari ke-4, saya membuang dengan jayanya tanpa rasa takut ( takut jahit tertetas jika perlu meneran..huhu) atau perlu bertapa dalam tandas.Rekod terbaik dan tersingkat setakat ini
Kebanyakan kita ingat Kalsium hanya untuk gigi dan tulang, segelintir mungkin tahu bahawa kalsium juga ada diperlukan di dalam darah dan saya pasti ramai yang tidak tahu bahawa Kalsium-Magnesium yang dilengkap dengan sumber Vitamin D yang baik, turut membantu melawaskan sistem penghadaman! Pastikan suplemen kalsium anda turut mengandungi Magnesium untuk kesan yang lebih baik.
Sejak hari itu, saya tiada masalah lawas. Alhamdulillah, dengan pemakanan yang seimbang ( makan sayur , buahan dan pengambilan air yang tidak dicatu) membantu melawas sekaligus member kesihatan yang semakin beransur baik dalam pantang ini. Mari lihat testi yang saya dan kawan-kawan kongsikan dalam muka buku.
Sejak hari itu, saya tiada masalah lawas. Alhamdulillah, dengan pemakanan yang seimbang ( makan sayur , buahan dan pengambilan air yang tidak dicatu) membantu melawas sekaligus member kesihatan yang semakin beransur baik dalam pantang ini. Mari lihat testi yang saya dan kawan-kawan kongsikan dalam muka buku.
Anda ada masalah lawas juga? Boleh cuba ostematrix.Selain fungsi utama sebagai pembekal kalsium ( baik untuk tulang dan keperluan ibu menyusu ) good side effectnya ia melawas.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Untuk maklumat lanjut atau jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 . ( Dayah Isa)
No comments:
Post a Comment