Friday, April 6, 2012

Mengapa anak-anak cerewet memilih makanan?

Berkongsi makanan bersama-sama keluarga, khasnya anak-anak yang sedang membesar, merupakan satu cara yang menyeronokan dan menjalinkan kasih sayang di antara isi keluarga. Anak-anak digalakkan makan 'family food' iaitu apa yang dimakan oleh ibu bapa dan seisi keluarga. Namun, sering kita dengar ada di kalangan anak-anak ini yang memilih hidangan atau makanan. Kenapa anak-anak ini menjadi seorang yang cerewet dalam memilih makanan?



 1. Pemilihan makanan terhad: Ini merupakan ciri yang paling ketara. Bagi sesetengah kanak-kanak yang cerewet dalam makanan, pemilihanya makanan mungkin terhad kepada 20 makanan yang berbeza. Manakala bagi sesetengah yang lain pula, ia mungkin terhad kepada tiga makanan saja.

2. Jenis kumpulan makanan terhad. Kanak-kanak yang cerewet dalam memilih makanan juga menghadkan jenis kumpulan makanan yang akan dimakan oleh mereka. Sesetengahnya hanya makan daripada satu kumpulan makan,contohnya roti dan bijirin sarapan. Kebiasaannya mereka tidak gemar makan dari kumpulan makanan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging atau ikan.

3. Reaksi yang berbeza terhadap pengenalan makanan baru: Bila dihidangkan makanan yang baru, biasanya kanak-kanak yang cerewet ini akan meradang, marah kadang-kala buang makanan tersebut.

 4. Corak pemakanan yang sukar diubah: Kanak-kanak ini juga cenderung untuk makan makanan yang sama dengan cara yang sama dalam satu jangka masa yang panjang. Ini akan menghadkan ruangan untuk mereka mencuba makanan baru dan sukar makanan yang berdiet yang seimbang.

Makan merupakan satu proses yang kompleks serta mencabar bagi kanak-kanak terutama yang cerewet dalam memilih makanan, anda hendaklah cuba kenalpasti puncanya  agar dapat membantu anak-anak anda  mengatasi masalah ini.


  1. Perkembangan motor-oral: Kanak-kanak hanya boleh makan apabila mereka telah bersedia. Memaksa anak anda mencuba makanan baru dalam keadaan mereka tidak tahu bagaimana untuk memakan makanan tersebut akan menyebabkan anak anada enggan untuk makan. mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada makanan tersebut.

2. Neofobia Makanan: Neofobia makanan atau takut kepada makanan baru merupakan peringkat perkembangan agi kanak-kanak yang berumur dua tau tiga tahun. Kanak-kanak yang mula mengambil makanan orang dewasa akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan baru. Pada waktu ini sesetengah mereka akan cuba mengelak kerana diselubungi perasaan takut.

 3. Faktor Persekitaran: Faktor persekitaran seperti kesibukan aktiviti sekolah dan makan di hadapan telivisyen boleh menyebabkan jadual waktu makan terganggu. Ini menjurus kepada masalah pemakanan kepada anak anda.

 4. Perlakuan yang dipelajari: Kanak-kanak biasanya cenderung untuk mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa tetapi tidakikut apa yang ibu bapa menyuruh atau katakan. Kanak-kanak lelaki akan ikut cara bapanya dan kanak-kanak perempuan pula ikut cara ibu mereka.

Credit 

Apakah tips-tips yang dapat membantu anak-anak ini.Nantikan entry seterusnya.

Disclaimer : These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 


**Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 019-4004210 ( Dayah Isa).**

No comments:

Post a Comment