Saya percaya ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak-anak yang 'fussy eater' ini pasti telah mencuba pelbagai tips menangani anak-anak golongan ini. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang diharap dapat membantu ibu-ibu sekalian. 'Fussy eater' tidak boleh diubah dalam sekelip mata. Ia adalah proses yang perlu ibu dan anak lalui. Menangani keadaan kehampaan anda dengan penuh kesabaran, bersikap positif dengan tetap tegas tetapi tidak beremosional dan aggresif.
• Elak dari mempraktikan kuasa ke atas anak anda seperti jangan paksa menyuap makanan, jangan rasuah dan jangan sekali mewujudkan situasi “perasaan bersalah” dihatinya.
• Sentiasa mempertengahkan makanan kesihatan untuk anak anda sekiranya mereka tidak bosan dengan pilihan anda.Beri kebebasan dan peluang untuk mereka memilih makanan yang mereka suka asalkan ia dalam kategori makanan seimbang.
• Hidangan baru biasanya mulakan dengan bahagian kecil dahulu supaya boleh memahami reaksi mereka. Pembaziran makanan perlu dielakan.
• Jenis makanan yang ditolak perlu diasingkan dari hidangan utama makanan. Conto: sekiranya anak anda tidak menyukai karot maka janganlah buat hidangan utama bercampur karot cari alternatif yang lain.
• Sentiasa buat hidangan yang mereka sukai. Seperti menghiaskan makanan dengan terlampau tidak digalakan. Bahan perhiasan perlu tidak mempunyai bahan makanan yang tidak disukai oleh anak anda. Bentuk pemotongan hiasan atau bahan makanan perlu menarik minat anak anda. Inilah French Fries McD atau Chicken Nugget Kfc atau donut dunkin donut amat diminati golongan kanak-kanak.
• Meja makan mestilah situasi yang menjamu selera dengan selesa, tidak ganguan konflik keluarga atau ganguan-ganguan dari seperti TV.
Moga tips ini dapat membantu kita semua. Dan anak-anak kita dapat menunjukkan perubahan yang positif.
Good Luck mommiess !!
Disclaimer : These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration.This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
**Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau sms/whatsapp di 0194004210 ( Dayah Isa).
No comments:
Post a Comment