Sunday, June 5, 2011

Nutrisi untuk kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalm proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan badan, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi meyokong kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat.


Protein



Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta , tisu-tis
u amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya ,kehamilan dan penyusuan memer lukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein di dalam diet harian anda.

Asid folik


Pengambilan asid folik yang mencukupi bukan hanya penting bagi pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut menbantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium

Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal lahir mempuynyai tulang dan gigi yang sihat tanpa mengugat kandungan kalsium yang sedia ada dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku di saat kelahiran. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau ( sepeti kubis) atau dengan pengambilan kalsium tambahan.

Asid lemak Omega -3

Asid lemak omega 3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam ( coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri , kaya dengan sumber asid lemak omega 3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak leb h daripada dua bahagian seminggu kerana kandungann merkurinya yang tinggi. Jadi suplemen ultra tulen minyak ikan omega 3 merupakan alternative terbaik untuk menggantikannya.

Credit to Majalah Shaklee Today

Apa 'dietary supplement' yang Shaklee cadangkan untuk bakal-bakal ibu ini? Nantikan entry seterusnya..




Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

**Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee Trial Pack, boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210. Bagi yang berada bedekatan mana-mana cawangan Shaklee, anda boleh terus dapatkan produk Shaklee (full set) pada harga istimewa dengan menggunakan ID saya 839391 ( Noor Hidayah)**


No comments:

Post a Comment