Thursday, June 23, 2011

Rahsia Meransang Daya Ingatan

Saya terbaca di dalam akhbar Kosmo keluaran 2 Jun tentang artikel Meransang Daya Ingatan. Artikel sepanjang dua muka surat itu menyentuh banyak aspek tentang daya ingatan. Apa yang ingin saya kongsikan daripada artikel ini adalah tentang bagaiman faktor pemakanan turut memainkan peranan penting dalam meransang daya ingatan.

Faktor pemakanan


Pakar dietetic Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan corak pemakanan yang betul sejak peringkat kandungan lagi memainkan peranan penting untuk membentuk keupayaan mental seseorang. Namun, Dr. Shariza turut mengakui amalan pemakanan untuk menguatkan memori perlu diamalakan sepanjang hayat.

sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bokchoy seta buah –buahan yang mengandungi pigmen antosianin dan bahan aktif kuarcetin merupakan makanan yang amat baik untuk memori."


“Asid folik dan kumpulan vitamin B seperti B1,B3,B6 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepatkan pemprosesan maklumat dan proses mengingat, “ ulasnya


Tambahnya lagi,

seorang individu itu perlu minum air kosong antara 1.5 hingga 2liter sehari bagi mengelakkan penyahidratan.Penyahidratan otak dan badan akan member masalah kepada memori jangka pendek dan tidak dapat menumpukan perhatian.

“Penggemar minuman diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol pula perlu megambil lebih banyak air kosong.” .

Selain amalan pemakanan yang baik , Dr. Shariza turut berkongsi tip meningkatkan daya ingatan iaitu dengan selalu melakukan aktiviti riadah. “ Aktiviti tersebut mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak,” ujar beliau

Makanan untuk meningkatkan memori :
Sayuran dan buah-buahan yang mengandungi pigmen antosianin
anggur-Beri-Kobis ungu-Epal merah

mengandungi bahan aktif kuarcetin-
bawang merah-brokoli-anggur hitam-aprikot-Tomato ceri

i Ikan yang mengandungi Omega 3 tinggi :
Tuna (tongkol)-Tenggiri-Makeral(kembung)
Kekacang yang mengandungi asid folik :

Kacang soya-kacang pis-Oren-Bijirin sarapan kaya dengan asid folik

Credit to Kosmo

Alangkah baiknya jika kita dapat memakan semua makanan di atas setiap hari untuk merangsang ingatan. Yang penting untuk anak-anak kita yang masih belajar.Kita ni bila dah kerja, benda -benda yang perlu dihafal ini sudah berkurangan . Maka semakin kita lupa yang kita juga harus meransang ingatan

Mudahkah kita mendapat bekalan semua makanan di atas setiap hari? Jika tidak, ada cara alternative atau sebagi menampung kekurangan ? Akan saya ceritakan kemudian..




Disclaimer : This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

**Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee , boleh hubungi saya di realummu@gmail.com atau 0194004210.

No comments:

Post a Comment